To-do list

Cara Mengurus Kewangan Sebagai Seorang Ejen

Zariff Aziz - Profile Picture
Zariff Aziz
December 8, 2021
Join our Telegram group for the latest updates on our platform

Cara Mengurus Kewangan Sebagai Seorang Ejen

Untuk kebanyakan orang, pengurusan kewangan amat penting untuk menjalani kehidupan dalam keadaan yang stabil, mencukupi keperluan harian.

Pengurusan kewangan juga penting untuk penyimpanan dana demi masa depan, atau untuk menghadapi keadaan emergency.

Sebagai seorang ejen, pengurusan kewangan pula dititikberatkan kerana di samping keperluan asas, anda juga perlu pastikan perniagaan anda berkembang dengan baik.

Jika anda kurang mahir dalam bab ini, maka anda boleh consider 7 tips berikut dalam mengurus kewangan dalam berniaga sebagai ejen:

  1. Wujudkan sistem kewangan secara berkategori
  2. Wujudkan sistem bergaji untuk diri
  3. Gunakan dana dengan efisien
  4. Fahami perakaunan
  5. Melabur
  6. Disiplinkan diri dalam kewangan
  7. Hadkan komitmen

1. Wujudkan Sistem Kewangan Secara Berkategori

Perkara pertama yang kita boleh fikirkan adalah; “aku ada buat akaun berbeza tak untuk perbelanjaan aku?”. Muhasabah diri sebegini penting untuk bezakan perbelanjaan bulanan kita sama ada untuk keperluan diri sendiri, atau untuk keperluan berniaga sebagai ejen.

Oleh itu, pengasingan ini boleh membantu kita rekodkan cashflow kita supaya kita tak terlebih belanja pada satu keperluan, sedangkan kita mengabaikan keperluan yang lain. Maka amat penting untuk kita asingkan dana untuk dua keperluan ini.

Bahasa mudahnya, dana bisnes untuk kembangkan perniagaan sebagai ejen dan anda juga boleh expect ia terus berkembang sekiranya semua kepentingan perniagaan terjaga, namun kita jangan lalai daripada mengambil kira kemungkinan atau faktor yang melambatkan proses perkembangan bisnes kita.

Dari sudut lain pula, akaun yang tidak digunapakai untuk perniagaan (akaun peribadi) sukar untuk diganggu sekiranya berlaku masalah yang serius dengan bisnes anda. Untuk mengasingkan dua keperluan ini, maka anda boleh wujudkan dua akaun bank yang berlainan, khas untuk tujuan masing-masing tanpa perlu bercampur-aduk.

2. Wujudkan Sistem Bergaji Untuk Diri

Tip ini bermaksud anda perlu ambil sebahagian sahaja dari keuntungan anda. Bunyinya agak pelik, tetapi ia bertujuan yang baik buat jangka masa panjang.

Sebagai contoh, anda boleh gunakan 50% dari keuntungan bersih anda dalam setiap bulan kegunaan peribadi, sedangkan 50% yang selebihnya anda simpan dalam akaun sebagai tabung perniagaan sebagai ejen.

Maka dari sini, keuntungan anda gajikan untuk diri, dan juga untuk kembangkan karier anda. Jangan masukkan semua keuntungan dalam akaun peribadi, sebaliknya masukkan sebahagian ke dalam akaun perrniagaan anda.

3. Gunakan Dana Dengan Efisien

Modal atau perbelanjaan untuk bisnes harus dikeluarkan sesuai dengan keperluan semasa atau untuk masa hadapan.

Kita jadikan pembelian kerusi sebagai contoh. Aku perlukan kerusi berharga RM1,000 atau memadai dengan yang berharga RM100 untuk perniagaan ini?

Di samping itu, kita juga boleh consider pembelian kerusi sebagai aset di masa hadapan:

  • Adakah kerusi murah ini berbaloi hanya sebab murah?
  • Atau kerusi mahal ini berbaloi sebab ia bertahan lama?
  • Berapa lama aku nak gunakan kerusi ini?
  • Apakah kesan aku guna kerusi ini untuk jangka masa panjang?

Persoalan-persoalan ini walaupun nampak remeh, tapi ia membantu kita untuk bertindak dengan lebih rasional dalam membandingkan keperluan dan keinginan.

4. Fahami Perakaunan

Perakaunan ialah satu proses merekod cashflow dengan sistematik. Untuk mana-mana bisnes yang mempunyai pengurusan kewangan yang excellent, anda boleh expect perakaunan ia juga excellent.

Ini adalah asas untuk memastikan wang masuk dan keluar dalam keadaan dipantau dan teratur, supaya kita boleh merancang tindakan seterusnya dengan wang tersebut.

Bahkan, kita boleh elakkan situasi boros berbelanja apabila pergerakan wang terkawal, dan pada masa sama membenarkan kita untuk berbelanja secukupnya dalam mengembangkan perniagaan kita.

Satu lagi faedah tambahan, anda boleh tetapkan had maksimum yang boleh dibelanjakan setiap bulan agar pengeluaran wang anda terkawal.

5. Melabur

Ini merupakan satu lagi pelan jangka panjang yang anda boleh praktikkan untuk mengukuhkan kewangan anda. Pelaburan memerlukan komitmen secara beransuran atas tujuan perkembangan perniagaan anda.

Dalam situasi sebagai seorang ejen, antara bentuk pelaburan yang boleh dilaksanakan adalah yang berkaitan dengan marketing dan lain-lain aspek tugas seorang ejen.

Dari sudut jangka masa panjang, pelaburan dapat meluaskan lagi jaringan perhubungan, di samping meningkat tahap keberkesanan tugas-tugas anda sebagai ejen.

Contohnya, sekiranya kerja anda sebagai ejen memerlukan banyak pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain, maka anda boleh melabur dalam kenderaan yang boleh menjimatkan kos dan mampu bertahan buat masa yang lama.

Contoh lain, anda boleh melanggan medium-medium lain untuk meluaskan jaringan dan perhubungan anda dengan orang lain.

Ini adalah antara bentuk pelaburan yang anda boleh lakukan, selagi mana ia dapat membantu anda dalam berniaga sebagai ejen.

6. Disiplinkan Diri Dalam Kewangan

Pendisiplinan diri dalam kewangan sebenarnya adalah langkah yang terbaik. Dengan ini, anda boleh melatih diri agar lebih kritikal dalam perbelanjaan anda, dan juga membuka jalan kepada peluang mengembangkan karier anda.

Sebagai permulaan, anda boleh tetapkan peraturan tersendiri untuk kewangan seperti keuntungan yang perlu dicapai dan perbelanjaan secara bulanan yang boleh dikeluarkan.

Ini dapat memperbetulkan kewangan anda dalam berniaga sebagai ejen. Anda harus bantu diri sendiri sebelum anda boleh bantu orang lain.

7. Hadkan komitmen.

Kemudahan atau akses kepada platform yang memerlukan bayaran bulanan sekiranya tidak membawa keuntungan atau manfaat kepada anda yang berniaga sebagai ejen, maka anda disarankan untuk berhenti melanggan.

Platform begini hanya memakan kos dana peribadi anda, yang kemudiannya akan menyebabkan short on cash, dan seterusnya anda akan ambil wang daripada perniagaan anda.

Kesimpulan

Di dalam berniaga, kita perlu tetapkan beberapa peraturan supaya kewangan kita diurus dengan baik. Sekali sekala kita perlu pertimbangkan lifestyle sendiri, tetapi kita perlu utamakan pekerjaan yang menarik rezeki kita.

Di platform seperti ejenkita, terdapat banyak features yang boleh membantu anda mengurus kewangan. Semua data jualan anda akan teratur dan anda boleh jejaki kewangan anda dengan lebih baik.

Selain itu, anda juga dapat memilih brand dan produk yang terbaik untuk anda berniaga sebagai seorang ejen ataupun reseller.

Semua aspek ini memudahkan kerja anda, supaya lebih mudah untuk anda berjaya. Berminat nak sertai platform Ejenkita? Jom daftar sekarang.

Want to receive more content like this? Subscribe to our newsletter