To-do list

7 Cara Menjadi Ejen Stokis dan Dropship yang Berjaya

Zariff Aziz - Profile Picture
Zariff Aziz
November 3, 2021
Join our Telegram group for the latest updates on our platform

7 Cara Menjadi Ejen Stokis dan Dropship yang Berjaya

Seorang ejen, stokis ataupun ahli dropship yang berjaya akan pandai memenangi hati orang di sekelilingnya. Ini membawa manfaat yang besar kepada ejen tersebut. Tetapi, tahap keberkesanan dan kepantasan ejen bergantung kepada cara-cara dia membawa diri. Jadi, kami telah sediakan senarai 7 cara ejen boleh berjaya, untuk memastikan anda dapat berkembang dengan baik:

  1. Kesungguhan
  2. Kebolehan berunding
  3. Networking
  4. Bijak mengambil peluang
  5. Berintegriti
  6. Menjaga penampilan diri
  7. Bermatlamat

1. Kesungguhan

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pepatah Melayu ini melambangkan kesungguhan insan dalam melakukan satu pekerjaan tanpa berlengah-lengah, mahupun berputus asa.

Jalan ke arah kesenangan memerlukan pengorbanan masa, dan tenaga. Seorang ejen kerap ditugaskan untuk mempromosikan produk.

Kita jadikan kisah hidup pengasas KFC sebagai contoh, iaitu Colonel Harland David Sanders. Sebelum francaisnya menjadi produk yang terkenal di seluruh dunia, pengasasnya mengalami kegagalan untuk mempromosikan produknya lebih daripada 1000 kali.

Namun, dia masih lagi meneruskan usahanya sehinggalah produknya berjaya dijadikan francais, 12 tahun setelah resipinya dicipta. Inilah tabiat yang diperlukan oleh seorang ejen iaitu kesungguhan dalam kerjayanya tanpa berpatah balik.

2. Kebolehan berunding

Pelanggan memerlukan maklumat dan keyakinan daripada ejen. Maka, kita perlu perbaiki gaya percakapan dan penyampaian maklumat kepada pelanggan supaya mereka mudah memahami dan menerima apa yang kita ingin sampaikan.

Dalam berunding, ejen perlu cuba untuk meyakinkan individu berkenaan supaya mengikut saranan dan tawaran melalui penggunaan bahasa dan kaedah komunikasi yang baik. Maka, ini adalah satu kebolehan yang sangat penting dalam karier seorang ejen.

Sekiranya kebolehan ini tidak dimantapkan, maka seseorang ejen akan menemui kesukaran untuk meyakinkan sesiapa sahaja.

3. Networking

Tabiat ini merujuk kepada kecenderungan untuk meluaskan perhubungan dan interaksi dengan lebih ramai manusia. Seorang ejen menjadi sangat efisien apabila terdapat ramai individu yang berurusan dan berhubung dengannya.

Bahkan, ia bertambah baik apabila anda menambahkan kenalan melalui kenalan sedia ada agar jaringan kenalan anda bertambah luas. Apabila anda lebih dikenali orang ramai, maka mudahlah tugas dan mengembangkan karier anda sebagai ejen.

Di zaman teknologi ini, interaksi melalui media sosial atau mana-mana online platform memudahkan dan mempercepat proses networking. Maka ambil peluang ini untuk berhubung dengan manusia sebanyak yang mungkin.

4. Bijak mengambil peluang

Tindakan yang betul dapat membuahkan hasil yang banyak. Tabiat ini memerlukan trial and error, dan ini boleh didapati melalui pengalaman yang menyeluruh semasa bertindak sebagai ejen. Maka, seorang ejen juga perlu berani mengambil risiko, untuk mendapatkan teknik yang betul dan menyingkirkan teknik yang kurang tepat.

Namun, anda perlu bersedia untuk meneroka pelbagai kemungkinan sebelum anda boleh mendapat kebolehan ini, termasuklah kegagalan dari semasa ke semasa, hanya untuk mendapatkan pengalaman dan teknik yang penting untuk menajamkan fikiran kita agar lebih peka dengan peluang keemasan.

Hikmah disebalik setiap kejadian akan membuka minda anda agar lebih matang, dan seterusnya membantu anda untuk bertindak di kemudian hari.

5. Berintegriti

Ini merupakan antara tabiat yang paling penting sebagai seorang ejen. Integriti membina keyakinan sesiapa sahaja untuk berurusan dengan anda.

Keyakinan dan kepercayaan pelanggan merupakan sesuatu yang sakral dan wajib dipelihara setiap masa. Jagalah akhlak dan keperibadian anda apabila berurusan dengan orang lain.

Andai kata sekali sahaja anda terpalit dengan keadaan yang merosakkan integriti, maka anda akan terpalit dengan keburukan tersebut buat masa yang lama.

Manusia ini kerap mengingati kesalahan anda yang sekali, berbanding kebaikan yang dibuat berulang kali. Maka sentiasalah jaga integriti diri agar masyarakat sekeliling lebih selesa dengan anda. Supaya kerjaya anda sebagai ejen tidak tercalar.

6. Menjaga penampilan diri

Ini mungkin sesuatu yang remeh atau kecil sekiranya dibandingkan dengan tabiat-tabiat lain, tetapi ia masih berperanan dalam menarik pelanggan ke arah anda jika anda menghitung kesannya.

Misalnya, jika dibandingkan antara seseorang yang berpakaian kemas dan bergaya dengan seseorang yang selekeh dan tidak terurus, masyarakat akan memilih yang menjaga penampilannya kerana manusia itu cenderung kepada kecantikan.

Tambahan pula, penampilan diri akan mempengaruhi persepsi masyarakat umum terhadap seseorang. Bahkan, mereka akan lebih mudah untuk berurusan dengan seseorang yang berpenampilan baik kerana pada fikiran mereka, itu adalah seseorang yang mudah didekati untuk apa-apa urusan.

Seorang ejen yang perlu berhubung dengan ramai individu pasti akan dinilai secara luarannya oleh ramai individu. Maka jagalah penampilan diri bukan sahaja untuk diri, tetapi untuk bakal pelanggan juga.

7. Bermatlamat

Seseorang ejen perlu bertindak dalam keadaan teratur dan terancang, dan keadaan sebegini memerlukan matlamat yang jelas. Ini memerlukan pembahagian tugas yang tersusun sekiranya anda mempunyai struktur ejen yang besar, agar setiap ejen diberi tugas khusus dan bukan yang lain.

Hanya melalui pelaksanaan yang sistematik, anda boleh mencapai target anda dan pada masa sama meningkatkan tahap keberkesanan anda sebagai ejen. Ilmu pengetahuan yang meluas perlu ada pada ejen agar dapat mengatasi masalah-masalah yang tidak diduga.

Sekiranya ejen tidak mempunyai matlamat yang jelas, maka akan timbul beberapa masalah yang kemudiannya merosakkan kariernya sebagai seorang ejen. Maka pastikan anda sebagai ejen mempunyai matlamat yang jelas agar anda bertindak dengan lebih baik.

Konklusi

Kesimpulannya, ejen boleh praktikkan cara-cara di atas sebanyak yang mungkin kerana ejen berjaya adalah individu yang boleh membawa manfaat kepada kepada semua orang di sekelilingnya. Di platform online seperti ejenkita, terdapat ramai ejen yang berbakat tersendiri. Anda boleh mendaftar di platform ini untuk mempelajari cara-cara ejen lain mencapai kejayaan.

Want to receive more content like this? Subscribe to our newsletter