7 Cara Untuk Mula Merekrut Team Ejen
Dalam dunia perniagaan, ejen berfungsi untuk mengembangkan bisnes dengan pantas dan berkesan.
Ejen yang berkesan mampu menjana keuntungan berlipat ganda dan pada masa yang sama, menyebarkan maklumat secara meluas mengenai bisnes anda.
Jelas, ejen memainkan peranan yang penting dalam membentuk sebuah perniagaan. Oleh itu, kami telah menyediakan 7 cara yang sangat efektif untuk mula merekrut team ejen bisnes anda:
- Cari Ejen di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Beri Matlamat Kepada Ejen
- Anjurkan Bengkel dan Kursus
- Buat Live Event
- Beri Keistimewaan Kepada Ejen
- Dapatkan Cadangan Ejen Sedia Ada
- Cari Ejen Secara Online
1. Cari ejen di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
Penuntut di IPT merupakan satu kelompok yang dalam persediaan untuk masuk ke alam pekerjaan. Di sini terdapat ramai individu yang berpotensi untuk menjadi ejen sambilan sementara menghabiskan sesi pengajian mereka.
Bagi penuntut IPT, peluang pekerjaan yang tersedia semasa dan apabila habis pengajian merupakan peluang keemasan yang menghilangkan kebimbangan dan menambah keyakinan mereka untuk bekerja.
Bahkan, ini merupakan satu pengalaman baru untuk mereka meneroka bakat tersendiri dalam dunia perniagaan, dan ini pasti menarik minat mereka yang dahagakan ilmu dan kemahiran.
2. Beri matlamat kepada ejen
Setiap perniagaan memerlukan struktur dan perancangan yang sistematik supaya target dapat dicapai dan bisnes tersebut dapat berkembang dengan baik. Antara strategi perniagaan yang baik adalah pembahagian tugas untuk ejen.
Ejen perlu diberikan tugas yang tersendiri samada secara berseorangan atau berkumpulan, untuk meningkatkan tahap keberkesanan dengan lebih meluas dan tidak overlap sehingga ada tugasan yang terlebih tenaga kerja sedangkan tugasan lain kekurangan tenaga kerja.
Sehubungan dengan itu, objektif dan penilaian secara berkala perlu diberi kepada ejen agar prestasi mereka sentiasa dijaga dan dipantau.
Untuk memberi galakan yang lebih kepada mereka, wujudkan program berbentuk ganjaran atau seumpama kepada ejen yang berjaya mengekalkan prestasi selama tempoh tertentu.
3. Anjurkan bengkel dan kursus
Bukan semua orang mempunyai kepakaran semulajadi untuk bertindak sebagai ejen, kerana seorang ejen perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi. Ini membolehkan mana-mana pihak mereka hampiri tuntuk mudah memahami mesej yang ingin mereka sampaikan.
Kemahiran sebegini memerlukan penggunaan bahasa yang baik dan mampu untuk meyakinkan bakal pelanggan. Oleh yang demikian, seminar pemantapan kemahiran berkomunikasi boleh dianjurkan sebagai persediaan kepada mereka yang baru mula untuk menjadi ejen sebelum mereka boleh bermula untuk bertindak sebagai seorang ejen.
Selain itu, seminar ini juga berperanan dalam memberi maklumat kepada ejen mengenai produk atau jualan yang ingin diadakan.
Apabila ejen tahu maklumat mengenai produk, maka ini akan memudahkan kerja mereka untuk mempromosikan dan menerangkan produk tersebut kepada pembeli dan pengguna.
Ejen juga boleh diberi sampel yang percuma untuk kegunaan sendiri sebagai kaedah untuk mereka mengalami sendiri kebaikan produk yang ingin dipromosikan.
4. Buat live event
Dari semasa ke semasa, anda boleh buat live event untuk mempromosikan produk anda dan memperkenalkan ejen anda kepada khalayak ramai.
Gunakan istilah yang merangsangkan keyakinan dan kepercayaan khalayak ramai apabila memperkenalkan ejen agar mereka tidak berasa dipinggirkan atau seolah-olah tiada kepentingan di syarikat anda seperti ‘rakan yang setia’ dan sebagainya.
Ejen yang mahir juga boleh mempromosikan produk semasa sesi live untuk mempamerkan kebolehan mereka.
5. Beri keistimewaan kepada ejen
Ramai individu yang ingin bekerja apabila menerima manfaat daripada kerjanya. Maka antara manfaat yang boleh diberi termasuklah insentif, diskaun khas untuk ejen, dan juga aktiviti tahunan.
Usaha ini sedikit sebanyak dapat menarik ramai orang untuk menjadi ejen buat perniagaan anda, di samping menjaga kesihatan mental mereka, kerana keistimewaan ini boleh memberi impak yang positif dan mengurangkan tekanan yang dihadapi ejen anda.
Bahkan, ejen yang bersemangat dan mempamerkan aura yang positif akan berusaha lebih untuk perniagaan anda.
6. Dapatkan cadangan ejen sedia ada
Seorang ejen yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran yang luas boleh dikatakan mempunyai ramai kenalan disebabkan kerja mereka yang memerlukan mereka untuk berhubung dengan masyarakat dari semasa ke semasa.
Oleh itu, ejen sedia ada adalah sumber yang baik untuk merekrut ejen tambahan disamping mempromosikan bisnes anda kepada ahli keluarga dan sahabat handai mereka.
Bahkan, ejen sedia ada yang berpengalaman juga mampu untuk mencadangkan strategi mengembangkan bisnes dan teknik jualan yang baik.
Manfaatkan sumber sedia ada di samping mendapatkan sumber tambahan untuk meningkatkan tahap berkesanan setiap individu dan situasi.
7. Cari ejen secara online
Media sosial merupakan platform yang mempunyai pelbagai kegunaan dalam dunia perniagaan. Secara umumnya, terdapat ramai pengguna sosial media yang berpengalaman dan berkemahiran untuk bertindak sebagai ejen.
Adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk mendapatkan ejen di website yang direka khas untuk tujuan merekrut ejen.
Kebiasaannya, di website seperti ejenkita terdapat ramai individu yang mempunyai lapisan kemahiran yang berbeza untuk menjadi ejen, misalnya ada yang sudah pakar, dan ada yang baru hendak bermula.
Anda boleh cuba untuk mendapatkan latar belakang mereka, kemudian menghubungi mereka untuk menjalin hubungan yang professional.
Konklusi
Akhir kata, terdapat pelbagai langkah untuk mendapatkan dan membantu perkembangan ejen dalam perniagaan anda.
Sebagai permulaan, anda boleh mula berkenalan dengan ejen secara online di platform seperti ejenkita, kerana platform seperti ini memudahkan interaksi antara ejen dan pengasas perniagaan. Bahkan langkah permulaan amat penting dalam mengembangkan bisnes anda.