5 Tips Anda Wajib Tahu Untuk Jana Sales Tinggi
Sama ada founder produk, stockist, ataupun reseller, bila kita dah masuk dunia perniagaan, mesti kita nak capai sales tinggi kan. Dengan keuntungan yang kita jana tu, banyak yang kita boleh berikan kepada ahli keluarga dan juga diri sendiri.
Kadang-kadang rasa macam tersekat kan, tapi sebenarnya ada beberapa cara simple untuk jana sales tinggi. Dalam post ni, kami sharekan 5 tips mudah yang anda boleh pratikkan untuk capai sales yang lebih tinggi.
1. Berikan customer service yang terbaik 😊
Antara tip terpenting kita kena ingat ialah, customer kita juga manusia yang beremosi. Apabila anda melayan customer dengan baik, kemungkinan untuk 'closing' sale tu pun lebih tinggi.
Contohnya bertanya nama, tanya khabar, dan jawab semua pertanyaan customer dengan teliti.
Sales anda juga akan bertambah lagi apabila dapat customer yang setia dengan anda, dan rajin repeat order.
2. Set target bulanan 🎯
Tip kedua, tulis target jumlah sales yang anda ingin capai.
Contohnya: RM4000
Bila dah tulis nombor ni, anda boleh kira berapa jumlah produk yang anda perlu jual. Kalau satu unit produk anda adalah RM20, maksudnya anda perlu jual 200 unit produk. Macam mana dapat nombor ni?
Target/Harga seunit = jumlah unit yang perlu dijual
RM4000/RM20 = 200 unit.
Maksudnya, anda hanya perlu jual 200 unit (50 unit seminggu) untuk capai target bulanan.
3. Ambil feedback customer 💬
Selepas customer sudah gunakan produk anda, sangatlah penting untuk anda ambil feedback mereka. Ini menunjukkan yang anda mementingkan pengalaman mereka.
Adakah mereka berpuas hati dengan produk kita? Ataupun dia nak kita recommend produk lain? Dia akan repeat order atau tidak? Tumpukan untuk mendapat jawapan kepada soalan-soalan ni sebelum kita follow up dengan customer tersebut.
Bila kita dapat review dari customer, kita boleh jadikan review tersebut sebagai content ‘social proof’ untuk social media. Customer baru akan lebih trust dengan produk kita setelah mendengar social proof dari orang lain.
4. Sentiasa active di Instagram 🤳🏼
Kalau active di Instagram, memang boleh capai sales tinggi. Kita kena anggap Instagram sebagai lubuk customer kita.
Bila kita kerap buat posting dan rajin reply berinteraksi di instagram, kemungkinan besar untuk customer baru terserempak dengan page anda.
Data menunjukkan dalam Malaysia ada 13.8 juta pengguna Instagram. Cuba bayangkan berapa ramai yang bakal menjadi customer anda.
5. Bina skill marketing ✨
Memang betul, perkataan marketing sangat luas maksud dia. Kadang-kadang rasa macam tak tahu nak mula daripada mana.
Senang cerita, apabila marketing kita berkesan, maka ramailah yang akan nampak brand kita, dan ramai juga yang akan beli dengan produk kita.
Ada banyak sudut marketing yang kita boleh pelajari, tetapi kita boleh ringkaskan asasnya dengan 4 Kunci Pemasaran yang dikongsi oleh Sifu Najib Asaddok:
- Nampak- Customer perlu selalu nampak brand kita, seperti di social media. Proses ini boleh dipercepatkan menggunakan FB ads
- Kenal - Setelah nampak, mereka akan mula kenal produk-produk yang ditawar oleh brand anda
- Suka - Aspek terpenting untuk membuat orang suka dengan brand kita adalah copywriting
- Trust - Akhir sekali, mereka akan percaya terhadap produk anda dan mengambil tindakan untuk membeli. Di sini, sangat penting untuk mengambil testimoni mereka untuk teruskan pembinaan trust
Jadi, apabila kita dah ada target sales, pastikan kita amalkan tips-tips ini untuk pastikan kita capai target tersebut.
Nak tips macam ni lagi? Jom subscribe kat bawah.